Aku lihat layu dalam Melayu -MALIQUE-

Aku lihat layu dalam Melayu. Aku pasti bukan aku seorang saja yang nampak, ada juga bercadang bertanya tuan punya, tapi bercampur risau dengan tak tergamak, nanti dikata tak bersyukur, dikata tak sedar diri. Jadi aku menyendiri, memerhati dan akhirnya mengakui yang kita sendiri membiarkan bunga raya melayu ke kanan dan dibiar bunga tak cantik mekar di kiri

Aku lihat layu dalam Melayu. Tanah air kita yang punya, kita siram, kita baja tapi angin api kita lupa, mereka merancang masa menjilat bangsa. 13 harimau bertukar menjadi mangsa, kita lupa nenek moyang kaya-raya, jangan sekali-kali digadai harta-bendanya.

Ku lihat layu dalam Melayu. Ku lihat layu dalam Melayu. Ku lihat layu dalam Melayu.

Takkan Melayu hilang di dunia. Ya... tapi apa guna tak hilang di dunia, kalau kewujudan tidak dirasa. Petah berbahasa kudrat tak berjasa, orang berbudi kita hanya tahu merasa, selalu lari bila dirapat, selalu malu bila soalan diaju, selalu segan memberi pendapat, rela mengikut dari meneraju. Belum nyanyi sudah bersorak, suka berjanji dalam borak, bukan kata tak ada otak cuma tak berfikir di luar kotak.

Ku lihat layu dalam Melayu. Ku lihat layu dalam Melayu. Ku lihat layu dalam Melayu

Aku jadi sayu, bunga menangis dia mendayu, mahu jadi cantik tetapi ragu. Aku merayu bangunlah semula hidup kembali, jangan tunggu matahari mati, cepatlah mekar sebelum terlerai. Perjuangan kita belum selesai.

Masih jelas, perjuangan kita masih belum selesai. Kita masih belum boleh berbangga dengan status Melayu di Tanah Melayu. Aku ambil contoh paling dekat, Uitm Segamat. Kita sendiri tahu Uitm adalah universiti yang nak tolong anak-anak Melayu macam kita. Tapi betul-betulkah kita hargai ? Kita dah disuapkan, hanya perlu kunyah. Kita dah disuap, tapi kita nak kunyah pun masih lembab, masih bebal bahasa kasarnya. Kita lihat sendiri Program Mengubah Destini Anak Bangsa, dimana keberkesanannya ? Membazir, buang masa saja. Berapa ramai pelajar Pra yang lulus untuk ke program diploma ? Hanya sejumlah kecil saja, itu di Uitm Segamat. Terus-terang, program itu patut dilupuskan saja. Lebih baik bagi insentif makan untuk pelajar diploma macam Semester 1 dulu. Program itu hanya menjatuhkan standard Uitm, aku rasa lah. Ini sekadar contoh layu dalam Melayu kita.

Bila berbahasa baku ditertawakan, bila bersemangat patriotik, dianggap perkara lucu, bila Melayu mati, masih mahu ketawakah Cik Abang ? Ini Tanah Melayu, bukan Tanah Cina atau Tanah Keling. Muhasabah diri, TEKAN SINI

p/s : Lagu UITM DIHATIKU paling touching. Rasa sebak bila dah Part 6 nyanyi lagu tu, serius sebak. Makan dalam.