Semalam aku tiada nafas. Itu semalam.

Malam ini ku nyanyikan, sebuah lagu lama yang terbuku dalam nistaku, hilang daya, hilang mata, inginku luahkan segalanya, agar engkau sadar semalam aku, hanya meminta-minta, secebis harapan menanti masa hadapan.

Malam ini tak terhenti, tiada nafas lagi, melunaskan segala janjiku, aku pinta kau berserah, moga penghujung cita-cita kita tak terdampar, semalam aku, tiada nafas lagi pikul beban ini, yang kerap jatuh lari.

Plague Of Happiness - Malam
(lagu melayu indie paling kegemaran, paling style, paling nada dering aku lah kan since dulu)

Aku mahu terbang, terbang jauh. Aku mahu bebas, mahu pergi bebas. Aku mahu lepas, mahu lepas daripada perasaan ini. Hari ini tidak seperti hari-hari yang lepas, aku tidak terbeban dengan perasaan yang berbalam itu lagi, aku harap perasaan ini kekal hingga malam ini, esok hari, keesokkannya, sampai bila-bila. Jika semalam aku tiada nafas untuk pinggul beban itu, hari ini aku bernafas semula. Aku tersenyum, aku bernafas kembali. Jika semalam aku hanya meminta-minta secebis harapan, hari ini aku biarkan harapan itu pergi. Moga harapan itu mencari aku di masa hadapan, ya di masa hadapan. Aku tidak perlukannya pada masa ini.

Semoga penghujung cita-cita kita tak terdampar. Amin :)