
Kawan-kawan dan keluarga harta paling kita tak mahu gadaikan. Gayanya sama saja seperti aku. Aku tak rasa aku boleh hidup tanpa mereka. Sesat, sunyi, suram. Tapi bagi aku sebagai manusia biasa yang masih berpijak di dunia yang nyata ini, yang tak terlepas daripada macam-macam bencana, aku perlukan sedikit masa daripada keseluruhan masa yang aku ada ini untuk diri sendiri. Untuk sendirian. Sebenarnya, aku terlalu memikirkan masalah yang remeh-temeh dan hanya menambah masalah itu saja. Sampai masa aku bangkit, sampai masa aku jatuh juga, sampai masa air mata tak tertahan lagi, jatuh juga ia. Dan dah sampai masanya juga aku MATI SEMANGAT. Aku harap semangat itu kekal bersemangat, tapi nampaknya tipis. MATI SEMANGAT. Jadi aku perlu banyak masa untuk sendirian. Kepada kau yang ingin tengok aku terus bersemangat, terima kasih. Aku dah cuba.
Malam ini pukul 2.00 pagi naik KTM pergi Selangor untuk buat Assignment. Aku harap mulai jam 2.00 pagi sampai Ahad ini adalah hari yang gembira. Masalah tinggal di Segamat.
Nekma : Foo, kau pernah tengok sawah bendang tak ?
Aku : Sawah bendang ? Pernah, kat dalam TV.
Nekma : HAHA, dah agak dah. Nanti kau dapat tengok lah.
Aku : Really ? Macam best je, boleh snap picture.
Syida : Nanti kau Foo mesti jakun. HAHA
*Rupa-rupanya aku ada juga kawan perempuan yang boleh buat aku senyum dan ketawa. Ingatkan dah tak ada.