Aku di ranjang, bermain dengan mimpi.

Huruf bermula dengan ABC.
Angka bermula dengan 123.
Muzik bermula dengan Do Re Mi.
Dan CINTA bermula dengan Kau dan Aku.
.
Barangkali mudah untuk diungkapkan kata-kata ini. Setakat ABC, 123, Do Re Mi, aku percaya memang mudah. Tapi bila masuk soal cinta, bukan suatu yang mudah dalam hal aku kerana ianya memerlukan aku dan engkau. Ya, aku dan dia. Bukan mudah, kerana hanya ada aku saja tanpa dia. Aku jadi cemas, menggelabah, tangan aku menggigil. Bukan muda bila berada dalam dunia aku sekarang, fantasi aku. KARUT !
.
*Tunduk lesu tapi try Cool.
.
Kelihatannya John Lennon benar. "A dream you dream alone is only a dream. A dream you dream together is reality." Banjingan ! Aku kemudi mimpi aku seorang diri sekarang ini. Siang dan malam, mana engkau ? Tolong aku kemudi mimpi itu. Sama-sama !
.
Aku sedang kuatkan semangat untuk terus kemudi mimpi itu, berharap mimpi dan impian bertukar menjadi realitas. Kerana aku masih percaya, itu tangkal aku. Aku masih percaya dan pasti kau juga ada keinginan untuk turut serta kemudi mimpi itu bersama aku. Cuma, kau tak berani dan kau tak pasti. Kau takut karam. Boleh aku berbisik sesuatu di telinga kau ?
.
" Jangan bimbang, mimpi itu tak akan karam jika kau dan aku guna teknik kemudi yang betul Sayangg. "
.
Aku harap kau tak pekak. Aku harap kau tak butakan hati kau. Aku harap kau tak tipu diri kau sendiri. Aku tak berhenti melutut, merayu pada Tuhan di langit tinggi. Kau tahu tentang itu kan. Kau kenal aku, aku tak akan putus asa.
.
Aku terus kemudi mimpi itu walau kadang-kadang timbul perasaan penat, haus.