Men will always be men


Ya, memang seorang lelaki akan kekalnya sebagai lelaki dan seorang perempuan akan kekalnya sebagai perempuan, cara pemikiran dan sebagainya. Ada benda ironik tentang perempuan. Bagi aku, seorang perempuan itu benar-benar tahu apa yang dia inginkan berbeza dengan lelaki. Lelaki, mereka tidak tahu apa yang dia nak dan sebab itu wujudnya budaya pasang perempuan ramai-ramai. Mungkin style dan shiok. Untuk kau katakan "JUST FOR FUN" itu sendiri sudah menunjukkan yang kau sendiri tak sedar benda yang menggembirakan kau itu adalah seorang perempuan yang setia dengan kau di masa kau di atas, juga di bawah.

Jangan salahkan umur atau kematangan, jangan pernah. Kalau kau di bawah umur maknanya kau boleh gunakannya sebagai alasan untuk melukakan hati orang ? Begitu ? Adakah bila seseorang itu mencapai umur yang selayaknya dikatakan matang, beru lah dia boleh berfikir salah atau tidak untuk melukakan hati orang ? Adakah Begitu ? Ambil masa untuk berfikir sejenak, jangan sombong. Perempuan gelojoh dan gelabah. Bila dia benar-benar tahu apa yang diinginkan, dia akan pertahankan dan jika boleh, satu dunia ingin diberitahu. Benar.

Lelaki tak akan beri peluang kedua kepada perempuan, tiada istilah peluang kedua. Perempuan berbeza, perempuan rela memberi peluang kedua kepada lelaki. Tidak mustahil, peluang ketigaj uga. Perempuan sedikit bodoh tentang ini. Ini semua kerana perempuan percaya apa yang dia inginkan. Lleaki, mereka lebih selesa untuk mencuba sesuatu yang lain, mereka lebih gemar untuk mencuba sesuatu yang baru. Lelaki bodoh saja tidak tahu unutk memanfaatkan peluang kedua itu.

Tapi ada juga ironiknya tentang lelaki. Aku percaya tentang perkara ini. Lelaki akan tinggalkan orang yang dia cintai untuk kebaikan perempuan itu sendiri. Mereka fikir masih akan ada seseorang yang lebih baik dan lebih layak untuk perempuan itu, jadi dia rela untuk melepaskan benda yang terbaik itu. Sebenarnya kadang-kadang masalah lelaki ini, dia tidak confident dengan apa yang dia ada. Padahal. bagi seorang perempuan, kekurangan itu adalah satu kelebihan, ketidaksempurnaan itu juga adalah satu kesempurnaan.

Ini semua bagi aku lah kan.

*Aku banyak kali jumpa orang bodoh yang sama. Orang bodoh, tak akan perasan yang dia bodoh. Aku rasa orang bodoh je main scandal-scandal, pasang perempuan banyak-banyak. Jangan bangga bila kau ramai scandal. Berak, bau tahi sendiri.