Tak mahu tutup buku lama, tak mahu buka buku baru

Aku masih dengan buku lama itu lagi. Aku benar-benar ambil masa, ambil masa berapa lama pun demi buku lama itu. Masih dengan isi-isi buku itu. Kadang-kadang rasa bosan dating, penat nak faham pun ada, mengantuk. Tapi aku celikkan juga mata ini, kuatkan juga diri aku untuk terus mengadap buku lama itu. Buku lama itu masih aku genggam. Orang sekeliling sudah dengan buku baru mereka, sudah sedia untuk mendalami isi kandungan yang baru, sudah mulai sedia untuk mempelajari sesuatu yang baru. Aku sendiri sudah terhidu bau buku baru mereka. Ah, biarkan saja mereka. Pujuk hatiku. Aku dapat lihat jelingan tajam mata-mata orang sekeliling, semuanya dituju ke arah aku, kedengarannya ada juga umpatan-umpatan dari mulut longkang mereka, tidak cukup dengan itu, gegendang telinga aku rasanya sudah lali dengan hilai-tawa, keluhan mereka. Hati masih ingin pertahankan sesuatu, persetankan saja mereka, kau masih akan tetap dengan buku lama itu kan Fatin ?

Kenapa aku masih dengan buku lama itu ? Kenapa tidak dibuang saja buku lama itu dan digantikan dengan buku baru yang lebih elok katanya ? Mereka tidak faham. Tak akan pernah faham. Buku itu azimat aku, tangkal aku. Kau benar-benar tak akan faham. Ada masa aku jadi tertekan dengan perlakuan orang sekeliling. Aku menangis. Tak tahan, tak boleh untuk disimpan lagi air mata itu. Tapi aku benar-benar tidak mahu untuk terus tutup buku lama itu, tidak sama sekali. Tolong faham. Persetankan saja segala tentang aku. Biarkan aku dengan dunia aku sendiri, walau karut mana sekalipun.

*Biarkan aku dengan buku lama aku, silakan dengan buku baru kau. Tak halang. Tak akan.