Biar mati sampai di sini, hela nafas cinta itu.

Hatiku berbisik, biar mati sampai di sini. Disuruhnya aku untuk menghela nafas cinta itu yang bikin aku hidup, bikin aku sedih, bikin aku girang. Jangan bilang kau betul-betul mengerti aku, yang sebenar-benarnya aku. Walhal diriku ini masih juga tidak kenal siapa aku. Benar. Dipaksa membuat keputusan, hati sibuk angkat tangan. Disuruh terima keputusannya. Katanya, keputusan hati itu paling agung. Mulut juga ikut sama membuat keputusan. Tidak mahu kalah. Dan yang pasti, mulut dan hati punya keputusan yang berbeza. Jika boleh, aku masih mahu menahan nafas cinta ini, biar terus hidup selamanya. Hingga Syurga. Kadangkala aku jadi bosan bernafas, mahu saja aku hela panjang nafas cinta itu biar mati terkubur, sampai di sini sahaja. Tapi aku tak mampu berbohong dan memberi omongan kosong. Jangan mati lagi, tahan nafas cinta itu. Dalam-dalam.

Aku tahu kau masih perlukan aku. Kerna kau yakin aku individu itu yang akan bersama kau tak kira susah atau senang. Cuma kau takut, takut memikirkan yang kau bukan yang terbaik untuk aku. Ambil masa kau. Tuhan ciptakan aku untuk kau. Itu janji Tuhan. Aku terdengar omongan Tuhan di langit tinggi. Curi-curi dengar.