Deleting a blog is a crime. It’s like you killed your boyfriend. I’m not going to do that. Peace.

Bila kau berhempas-pulas menghafal segala macam teori dan formula, kau jadi stress. Tak masuk-masuk kepala. Ditambah pula dengan masalah yang datang tanpa bunyi tanpa tanda. Kau jadi makin stress. Waktu itu semuanya tak terkawal, emosi kau memberontak, apa pun tak kena. Kau terduduk dan kau menangis lesu. Kau jadi lemah. Saat itu juga kau rasa setiap tindak-tanduk kau salah, salah besar. Kau tersedar yang selama ini kau hanya menunjukkan kelemahan kau. Kau lemau. Semuanya serba tak kena. Carca marba.

Jadi kau mahu padamkan segala puisi, cerita cinta yang kau anggap kelemahan kau. Puisi dan cerita cinta yang ikhlas kau karangkan dari hati yang paling dalam. Puisi dan cerita cinta yang kau garapkan sehingga jatuh titisan airmata. Itu kau anggap kelemahan ? Semalam. Itu semalam. Hari ini kemahuan hati berubah. Jika betul kau mahu padamkan semua kisah yang telah tercipta, adakah rasa itu, rasa hati itu turut terpadam juga ? Adakah semua cerita akan terhenti begitu saja ? Tidak, jauh sekali. Jalan cerita masih panjang, skrip tak habis lagi, wayang belum tutup tirai lagi.