
Aku belajar daripada kesilapan. Aku tak akan terima orang untuk lupakan orang. Aku tak guna petua itu lagi. Bukan petua lagi namanya. Dan aku tak akan beri peluang kedua. Jalan hidup aku agak muram. Untuk aku menangis kerana cinta, kadangkala terasa bodoh. Menangis kerana lelaki itu gayanya seperti sangat bodoh, tapi aku tak rasa begitu. Dia datang dari hati. Yang akan kelihatan bodoh bila kau menangis kerana tak ada lelaki mahukan kau. Itu aku rasa bodoh. Setuju ?
Tak salah untuk kau bercinta, untuk kau rasa bahagia. Tapi bila baru semalam kau jatuh tersungkur dek penangan cinta. Dan gayanya seperti kau tak boleh teruskan hidup, tapi bila hari ini kau jatuh cinta dengan orang lain. Minta maaf, aku geli dengan spesis ini. Baik pupus. Aku harap kau bahagia, tapi sebenarnya kau tak akan bahagia. 100%.
* Shakir lagi suka perempuan yang tak sambung belajar macam dia, yang meleweh kerja entah ada masa depan ke tak daripada perempuan yang sibuk buka buku kat universiti macam aku ini. Tak ada hal lah. Tak sedondon katanya.