
Aku seseorang. Bukan seekor, bukan sebentuk, bukan sebuah dan jauh sekali sebutir. Aku ini masih seseorang yang punya deria rasa manusia, masih juga punya bahasa perasaan, masih juga miliki degupan jantung yang sama. Aku masih lagi seorang manusia biasa yang tak punya magis untuk aku persembahkan silap mata dalam fana hidup aku. Aku bukan mahu berbisneskan airmata di sini tapi boleh dikatakan aku sudah muflis airmata. Mungkin kerana dah tak larat dengan skrip dan drama milik Direktor yang Maha Berkuasa nun di atas sana.
“Jangan cuba untuk cari syurga di sini kerana ini hanyalah dunia yang kejam dan penuh dengan drama kurang enak dari Tuhan. Kau tak perlu untuk cari neraka jahanam kerna kau sudah berada di dalamnya. Di sini, dunia ini.”