“Saat dan ketikanya seorang si camping berlegar-legar di tengah khalayak, dia berfikir sambil menonong. Bahawasanya dia tidak mahu persoalkan Tuhan, tapi kalau berjuta kali dia terkecewa, sumpah itu tidak adil namanya. Kenapa dia sentiasa dibenam dalam-dalam, kalau sudah dia seronok terlambung nun, di atas, melayang dek cinta fana. Kemudian nun, ke bawah, terlemas dan dibenam dalam-dalam. Kenapa semuanya hanya sementara pada dia. Kenapa ? Kenapa ? Kenapa ? Kenapa ? Apa silapnya dia ? Apa khilafnya dia ? Mungkin takdirnya memang untuk sebegini. Tandus dalam stesen jiwa nurani dirinya sendiri. Punah. Ranah. Hancur. Dan berderai. Langsung hilang, menyusur sempit orang ramai, jasad seorang pengemis cinta.” –Tun Boja Bistara Tikamana aku baca tulisan Tun Boja Bistara ini, aku bawa masuk diri aku dalam plot cerita itu. Tampak padan dengan aku. Si Camping. Aku raba-raba mana silapnya aku, mana khilafnya aku. Tapi tak ketemu, aku jadi terus berfikir. Memang benar, kerja Tuhan aku tak mahu ikut masuk campur sangat tapi bila bahagia itu tak dibahagi sama rata pada aku, aku jadi mahu memaki hamun. Dunia celaka memang tak pernah adil dalam konteks aku. Manusia sekeliling hanya bikin aku rasa lebih teruk. Mahu berbicara dengan mereka pun aku jadi semacam tak selera. Tak. Aku memang suka cari pasal. Aku mahu sendiri, melayan nakhoda perasaan basi aku.Tuah tak bersama aku, aku mahu bilang apa lagi ? Saat ini aku sesat dalam stesen jiwa aku sendiri yang kelihatannya tenang walhal sesak padat dengan asakkan perasaan yang dulu. Tak pernah berubah. Dibenamnya aku dalam-dalam maka lemaslah jasad yang satu ini. Jasad itu tidak ditanam, dibiarkan merayap siang dan malam. Meratap sepi pada setiap hal. Ah, kau tak akan faham. Tak akan pernah. Jasad itu aku.
*Tun Boja Bistara aka Ermie Fadhullah. Blog dia kegemaran aku. Tabik songsang. Kawan FB. Dia kacak sangat sampai aku segan nak reply IM dia. Ini bodek namanya. Tapi versi ikhlas. (: