Gabba Gabba.

Aku tak mintak yang melampau-lampau cuma aku akan jadi gembira bila kau letakkan aku sebagai satu individu yang layak untuk kau berkongsi masalah hidup kau. Aku lapang dada mahu ada selalu dengan kau dalam mana kau senang mahupun susah. Jangan kedekut. Telinga kacak aku ni tak pekak lagi untuk dengar masalah kau. Mungkin ada sesetengah bahagian tu aku tak dapat tangkap dan aku tak dapat faham, tak salah kalau kau beri aku sedepa peluang untuk aku tangkap dan faham bahagian tu. Aku mahu cuba walau aku dah tak ada title girlfriend itu langsung tapi aku masih pegang title seorang kawan. Kau jangan rendah diri sangat, kau aku sama saja. Tolong set kepala otak kau. Aku ada bila-bila masa untuk kau. On the spot. Sebab ini Foo. Kalau kau balik JB kau jadi lagi teruk macam yang kau cakap, jangan balik JB sampai bila-bila tau. Stay sana je. Kalau kau nak yang terbaik untuk aku, aku pun macam tu juga. Kau jadi diri kau sendiri, semua akan okay.

Shakir, I just give my best words.

*Tuhan aku rasa teruk bila aku lembab sangat nak faham keadaan dia