Nak cerita pasal kerja kat sini memang tak menarik langsung. Aku harap masa berlalu pantas. Gaji bulan pertama masih belum ada pada tangan. Hitung-hitung jari sila lah cepat 8hb. Hitung-hitung jari lagi sila lah cepat sampai hujung bulan 8. Berhenti kerja dan bersiap untuk ke Uitm Kampus Bandaraya Melaka. Date-Gay kata, “kau ni kerja sebulan tapi bebel setahun.” HAHA. Perangai bodoh aku bila kat office adalah stay dalam toilet. Bila aku tension menangis, bila aku tak tahan staff mulut pot pet pot pet on the phone dengan customer, bila aku bosan, ngantuk dan menyampah. Jamban. Itu lah port aku. Aku memang salah tempat kerja. Done. Benda yang buat aku tergelak kat office adalah kawan baru pertama aku, Mat Despatch. Nama dia Afzi. Kamcing. Gampang Mat Rempit ni. Umur dia 29 tapi gua taiko, gua tak panggil dia Abang Afzi, gua ikut suka hati gua kau aku dengan dia. Ayat dia yang aku langsung tak kecik hati, “Kau ni belajar tinggi-tinggi tapi lembab lah.” Lepas tu gelak. Sial saja. Tapi dia lah yang pagi-pagi hari-hari masuk office, senyum dan tunjuk isyarat good, “Okay tak ? Okay tak ?” Paling kelakar ada orang menyampuk, “Tergelak aku dengar. Aku kerja lama kat sini kau tak pernah tanya macam tu pulak?” Kak As. Aku sakit hati dengan dia. Bila customer call marah-marah, dia pass phone kat aku. Sial saja.Foo : Afzi, nak pinjam kredit. Nak text ayah aku suruh ambik aku.
Afzi : Kau tak payah nak text-text. Call jela.
Lepas call, pulang balik handphone. Bebel sekejap dengan dia then blah. Sampai hujung jalan ada orang panggil Foo. Toleh je Afzi dengan motor rempit dia. Dia hulur kad topup.
Foo : Alah malu lah kau ni. Apa pasal baik sangat ni ?
Afzi : Takda benda lah. Kau takda kredit kan. Ambik jela.
Foo : Okay. Terima kasih. Ea kau panggil aku apa tadi ?
Afzi : HAHA. Aku panggil kau Foo lah.
Hari tu dia menang nombor ekor. RM600. Macam lucky gila. Rasa nak pergi ngangkung pulak. Aku tak faham sangat, orang yang aku kenal selalu gila open dengan aku. Aku pun takda hal. Kakak Afzi ada breast cancer. Sebelah dah buang, later sebelah pulak. Semoga kuat semangat. Afzi lu jaga anak buah lu elok-elok. Aku tahu kau boleh.