Letters To You.


Dear My Bullshit,

Aku harap kau baik-baik saja. Ya aku tahu kau dalam keadaan yang sangat baik dan aku tak perlu buang masa untuk risau tentang keadaan kau. Aku tak punya kesempatan untuk menulis di sini tapi aku curi masa yang aku ada untuk tribute ini. Hari bertukar hari, kita sibuk dengan hal masing-masing. Yang lama kita tinggalkan saja terkebelakang. Kadang terasa rindu akan hari semalam yang kita lalui bersama. Gelak kau, suara kau, perli kau dan paling penting masalah kau. Aku paling rindu mahu jadi orang yang berlagak hebat bagi kata-kata semangat untuk kau bila kau down. Aku cuba jadi yang terbaik. Pendengar yang baik untuk kau. Kau pernah bilang tak semua orang boleh ada untuk kita hari-hari. Mereka itu watak sampingan, bila perlu kau baru dia muncul, bila dah tak perlu hilang entah ke mana. Tapi kelihatannya kau patah balik, kau cari balik watak sampingan itu semula. Aku sudah tak punya watak. Apatah lagi sebaris dialog untuk kau. Kau tahu ? Aku mahu ada selama-lamanya untuk kau. Kerna kau itu Bullshit aku. Happiness aku. Tapi forever tu sukar untuk kita genggam dan kerna itulah, keadaan kita seperti ini. Kau ke sana. Aku ke sini. Tiada yang menarik. Tiada yang indah lagi. Aku jadi bisu.


Kau itu bikin aku senang. Aku selesa dengan kau. Saat ini tak kedengaran lagi ungkapan itu, tak ada pesanan ringkas yag cukup buat aku senyum dan tergelak. Ketiadaan kau itu bikin aku terasa, rasa kehilangan. Aku harap kau juga punya rasa yang sama. Rasa kehilangan aku. Ah, mana mungkin kau punya rasa itu. Kau Bullshit. Aku mahu kau tahu yang terlalu banyak kisah yang aku mahu cerita pada kau. Terlalu banyak cerita bodoh aku simpan untuk buat kau tergelak bila aku bercerita. Cerita sedih langsung tak aku simpan untuk kau. Aku tak mahu kau dengar suara bodoh aku itu. Aku tak mahu kau ajuk apa yang aku bilang. Kau bodoh. Aku sudah rindu kau. Biarkan saja. Aku tahu kau buat semua ni untuk kebaikkan aku, tapi kau silap. Aku tak mahu tunjuk mana perginya silap kau itu. Nanti kau akan sedar sendiri akan kesilapan itu.


Kita bicara tentang segalanya. Kita ketawa. Kita marah. Kita jatuh. Kita jadi diri kita sendiri. Kita terima perangai masing-masing. Terlalu banyak masa yang kau curi untuk aku. Terlalu banyak masa yang kau buang untuk aku. Untuk airmata aku. Tapi masih juga kau bilang 400 juta kali aku menangis pun kau tak kisah. Masakkan aku mahu bilang yang aku banyak buang masa untuk orang bodoh ? Tapi kau boleh bilang itu pada aku. Terlalu banyak masa kau terbuang untuk aku kan ? Untuk orang bodoh kayak aku. Aku minta maaf.


"Can't you see that I wanna be there with open arms? It's empty tonight and I'm all alone. Get me through this one. Do you notice I'm gone? Where do you run to so far away? I want you to know that I miss you, I miss you so. I want you to know that I miss you, I miss you so. I'm writing again, these letters to you on much I know but I'm not sleeping and you're not here, the thought stops my heart." -Finch


Now playing Letters To You (acoustic) by Finch.