
Kita tak sempurna. Tak sempurna untuk kita paksa orang untuk jadi sempurna untuk kita. Kita boleh tunggu sampai bila-bila yang kita boleh selagi kita tahu apa yang kita mahu. 1 tahun. 1 tahun aku bertahan. Aku cuba jadi kuat. Aku hitung hari. Ada masa aku lelah sangat. Ada masa airmata tak tertahan, jatuh. Teresak-esak. Tersedu-sedu. Benda biasa. Aku tak tahu bagaimana lagi mahu aku yakinkan kau. Aku tak tahu apa bicara lagi aku perlu tutur pada kau biar kau jelas. Aku tak tahu mantera apa lagi yang perlu aku guna. Yang aku tahu, aku hanya perlu beredar. Buka mata. Aku salah bila aku butakan mata dan gelapkan kepala untuk kau. Aku tak nampak orang yang betul-betul ada untuk aku. Aku salah. Salah besar. Terima kasih untuk ilham menulis ini. Terima kasih untuk peluang yang kau beri untuk buat aku jadi kuat. Terima kasih tunjukkan aku apa yang patut dan apa yang tak patut. Terima kasih untuk emosi pada malam itu.