Sampai masa


Ada seseorang berdiri di sana, melihat terus ke arah aku. Dia mahu aku sedar akan kehadirannya. Dia mahu aku menegur dia. Dia mahu aku duduk bersembang dengannya. Dia mahu kenal aku dengan lebih rapat. Dia mahu jadi lebih mesra dengan aku. Tapi dia rasa dia seolah-olah bayang-bayang ghaib. Dia seolah-olah rasa aku tak nampak dan tak rasa akan kehadirannya. Sebab apa ? Sebab dia ikuti plot cerita aku. Dia tahu ada bayang-bayang lain yang menyebabkan aku tak nampak bayang-bayang dia. Bayang-bayang itu penghalang. Kau buatlah segala macam cara pun untuk lenyapkan bayang-bayang itu dari aku. Terserah. Sampai masa, sedar juga aku akan bayang-bayang kau itu. Tunggu masa saja.