
Hey engkau. Ya engkau di situ. Mari dekat sini. Dekat dengan aku. Aku mahu tanya sesuatu sama engkau. Apa kira semua yang aku lakukan ini salah ? Kiranya salah besar ke kalau aku tak boleh nak berhenti menulis? Tak boleh berhenti untuk luahkan apa yang hati aku teriak di sini? Di Labyrinth. Aku cuba pekakkan telinga tentang apa yang orang mahu bilang tentang tulisan dan emosi aku di sini tapi telinga aku tak tahan. Kau perlu tahu, bukan senang kita mahu berhenti daripada lakukan sesuatu yang kita memang kerap dan suka lakukan. Aku bukan hidup dalam kepompong aku sendiri. Aku bukan tak peduli tentang dunia luar. Bukan hari-hari aku menghadap skrin laptop ini menaip tentang emosi aku di Labyrinth. Aku bukannya tak bercakap dengan orang. Aku bukannya pasif. Aku bukan dengan dunia aku sendiri. Aku bukan seperti apa yang kau anggap. Kau salah besar. Kau silap tentang aku. Aku mahu tegaskan, bukan aku tak boleh terima pandangan kau tapi kau kena sedar. Ini tentang soul aku. Ini tentang diri aku. Biar aku yang buat keputusan. Kalau soul aku mahu terus begini sampai mati. Ya aku akan terus begini sampai mati. Kalau soul aku mahu berhenti. Jadi aku berhenti nanti.
Ya alasan basi. Lain orang lain cara. Selagi aku rasa benda tak salah. Aku tak berganjak. Selagi mana Tuhan bagi aku perasaan untuk berharap dan tak putus berdoa, selagi itu perasaan itu kekal. Sekarang engkau ngerti ?