
Tinggi mana tempat kau kat dunia ni, jangan kau lupa Tuhan. Gembira mana pun kau kat dunia yang sementara ni, jangan kau lupa Tuhan. Jauh mana pun kau pergi lepas ni, jangan kau lupa Tuhan. Sejahil mana pun aku, aku cuba tak lupa pada Tuhan. Makin jauh aku dengan ayah dan mama, makin dekat aku dengan Tuhan. Makin banyak Tuhan bagi aku dugaan dan kesedihan, makin kerap aku jumpa dengan Tuhan. Hari-hari mahu mengadu yang aku sedih pada kote-kote jatuh bangun aku, depa pun menyampah dan menyirap juga. Mengadu dengan Tuhan hari-hari tak apa. Tuhan tak bosan. Tuhan tak tutup telinga. Tuhan tak terus maki dan marah aku. Tuhan teman aku.
Solat aku pun bukan penuh lima waktu. Al-Quran pun bukan hari-hari aku baca. Tajwid aku pun tunggang-langgang. Suara pun tak merdu mengaji. Pakai tudung pun tak. Tapi yang namanya Islam, tak kira kau ni jenis apa, akan masih ada yang dipanggil iman dalam diri kau. Kita manusia, masih dalam proses pembelajaran. Kita tak sempurna. Tapi kalau kita mahu berubah ke arah yang lebih baik, Tuhan takkan halang. Tuhan akan alu-alukan. Tuhan akan bagi petunjuk. Tuhan akan bersama kita. Aku tahu Tuhan sedang tersenyum pada aku sekarang ni. Aku tahu dia mahu aku jadi lebih baik dari hari semalam. Aku tak salahkan Tuhan bila dia bagi banyak sangat kesedihan pada aku. Aku tahu, Tuhan buat semua tu biar aku dekat dengan dia. Biar aku tak lupa pada dia. Biar aku ingat dia selalu.
Manusia datang dan pergi tapi tidak Tuhan.
Foo, teruk mana pun hidup kau rasa, jangan kau lupa Tuhan.