Transkrip

Labyrinth. Ini bukan tulisan yang terbaik di alam semesta. Pengalaman itu modal paling mahal yang aku ada untuk menulis. Aku gunakannya sebaik dan sehabis mungkin. Apa yang aku rasa molek dan tidak lucah, aku telanjangkan saja di sini. Apa aku kisah mulut-mulut busuk mengata. Tapi dengan restu Tuhan, setakat ini mulut-mulut yang wangi memuji tulisan di sini. Bicara tentang ilham, ilham bukan selalu bermaraton. Terkadang tangan kelu untuk menaip. Otak beku untuk berfikir. Soul merajuk tak mahu beri ilham. Tapi masih tuan empunya Labyrinth yakni seorang aku ini mahu terus menulis. Tidak henti. Terkadang aku meluat dengan drama Tuhan tapi aku masih percaya pada magis-nya. Jadi aku masih di sudut kecil ini menulis. Sampai akhir hembusan nafas aku kira. Sampai soul ini tak bernyawa. Soul aku hebat di sini.

Ini master. Taiko. Aku envy dengan apa yang dia buat, apa yang dia tulis. Aku harap satu hari nanti aku dapat tengok dia nyanyi akustik live. Tengok teater dia. Tengok dia berpuisi. Figura ini aku curi di Facebook sebab sangat nostalgia. Tun Boja Bistara guna DP ini masa add aku dulu. Dia kata aku menulis ikhlas. Tapi tapi tapi aku tak rasa cukup hebat macam mana aku rasa dia hebat dalam semua hal. Ermie Fadhullah, I envy you Man. Bila baca tulisan lu, gua meremang. Bila baca tulisan lu, gua rasa gua nak tulis lagi sempurna.

Tak. tak tengok porn pun bulan puasa hari tu. ;D