Kritikan kritikal


Dalam dunia ini memang wujud manusia yang macam-macam dan tak semua manusia itu kehendaknya sama dengan manusia yang lain. Tapi mereka tetap berpijak pada bumi yang sama, bumi yang satu. Dunia. Dan bilamana adanya manusia yang lain-lain kehendak dan citarasanya, pandangan mereka tentang sesuatu hal itu tak akan pernah sama. Masing-masing ada favourite masing-masing dan masing-masing punya hujah sendiri untuk sesuatu. Dalam hal seorang aku di sini, aku dapat lihat kehendak dan citarasa orang apabila membaca Labyrinth itu enggak sama dan enggak akan pernah bisa sama. Sampai kapan pun. Terang-terangan, aku lebih banyak menulis tentang cinta di dalam Labyrinth dan rata-rata kawan lelaki aku kurang gemar sebaliknya perempuan depa cukup gemar. Macam Lock kata, dia tak suka aku bercerita sangat soal cinta aku tapi dia bilang aku terer menyusun ayat tentang cinta jadi aku patut teruskan saja bercerita tentang cinta. Macam senior aku Saufi bilang, dia suka baca Labyrinth tapi bila bab cinta je, alahai. Dia taknak baca. Bagi aku itu terpulang pada individu. Aku masih akan terus menulis apa yang ada dalam kotak fikiran aku. Tapi aku cuba mahu tulis tentang kehidupan lebih banyak lagi.

Sambung. Aku dapat komentar yang baik daripada pembaca, tapi bila sekali aku dapat komentar yang aku rasa kurang enak, aku rasa seorang aku di sini tak hebat. Dan hari ini baru aku sedar yang hidup ini tak lepas daripada kritikan. Sampai bila orang nak puji saja, ada masa orang akan kritik juga. Dan aku perlu bersikap professional. Bila orang kritik kita, itu tandanya kita masih belum hebat lagi. Jadi gunakan kritikan itu untuk jadi lebih hebat mungkin. Itulah gunanya ada manusia yang lain-lain kehendak dan citarasanya. Kita dapat lihat sisi negatif dan sisi positif tentang sesuatu dan aku kira itu benda baik untuk kita perbaiki diri kita wahai manusia sekalian. Jadi tak salah untuk orang mengkritik kita dan kita tak perlu melatah dan menghamun pantat bagai. Tapi jangan lebih-lebih lah. Lu pun bukan hebat mana pun Bro. Gua tengok lu pun cikai je. Oh ini satu kritikan daripada gua, dan lu tak perlu ambil hati sangat. Jadikan kritikan gua untuk lu berubah agar tidak cikai. Mungkin. Boleh Bro ? Alhamdulilah.