
Ramai orang bilang yang sampai masa nanti bila orang dah sayang kita, kita pulak dah tak boleh nak sayang orang tu macam mana kita pernah sayang orang tu dulu. Sejak akhir-akhir ini aku selalu fikir benda ni. Ada betulnya juga. Ada salahnya juga. Apa-apa pun semua ni bergantung pada individu. Dalam konteks seorang aku di sini, boleh digelarkan aku ini seorang penakut. Aku percaya pada cinta tapi aku juga takut pada cinta. Aku takut kecewakan orang yang sayang aku. Aku takut aku berubah hati. Aku takut bila orang menangis sebab aku. Aku takut kalau jodoh dan takdir itu tak bersama aku. Tapi aku selalu bilang, kita boleh usaha ubah takdir itu. Kita boleh usaha ke arah jodoh itu. Memang Tuhan dan tuliskan awal-awal takdir hidup dan jodoh kita semua. Tapi kita kena ingat, kalau Tuhan boleh tulis takkan Tuhan tak boleh padam ? Ini yang aku pegang bertahun lamanya tapi sejak kebelakangan ni aku sudah mula rasa susah. Susah dengan cinta. Memang betul lah orang bilang, nak dapatkan cinta manusia itu lagi sukar daripada nak dapatkan cinta Allah. Aku memang tak berhenti usaha dapatkan cinta itu dan sekarang aku sudah dapat cinta itu, tapi bila aku sudah genggam cinta itu, aku jadi takut. Takut aku sendiri yang buang cinta yang aku sudah dapat. Takut aku tak dapat berikan yang terbaik. Aku tak mahu fikir, tapi terus-terang aku bilang yang aku sangat takut. Tiap malam aku fikir dan ada airmata mengalir.
Aku harap Dewa-dewa Cinta akan terus bersama aku. Bantu aku kemudi cinta ini. Aku tahu yang namanya magis cinta itu masih ada, masih bersisa untuk aku. Aku tak mahu kecewakan dia. Jangan berubah hati Foo. Jangan buang cinta yang kau dah dapat Foo. Jangan sia-siakan apa yang kau dah usaha Foo. Jangan takut dengan cinta Foo. Entahlah. Aku selalu cakap aku yang terbaik untuk dia tapi hari ini aku rasa aku bukan yang terbaik untuk dia. Hari ini aku rasa jauh sangat dengan dia.
Bie, I just tulis. Bie jangan sedih alright. I just tulis. This Tuesday we meet right ? Rindu nak cakap I miss you, I miss you, I miss you, I love you, I love you, I love you banyak kali kat telinga kau time jalan. I miss your hug. I miss your warmth. I miss your kiss. I miss you Boyfie. I still your annoying girlfriend kan ? :')