Angelik

Matinya aku atau hidupnya aku, aku tak pernah mahu lihat kau dengan orang lain. Kerna kau seorang saja makhluk yang bikin aku merasa gimana hebatnya terbang tinggi. Kau itu Malaikat pelindung aku. Malaikat yang sentiasa ada dengan aku dan bawa bersama nama aku ke mana saja. Kau itu Malaikat yang bikin hati merah aku ini makin merah warnanya. Kau juga Malaikat yang beri aku cinta yang tak akan pernah aku lupakan. Momen-momen indah bersama kau, langsung tak pernah aku padamkan dari kepala aku, haram bagi seorang aku untuk padam dan lupakan segala momen indah itu. Gelak ketawa kau. Tangis esak kau. Masih terngiang-ngiang di telinga aku. Aku akan ingat gelak ketawa dan tangis esak itu, takut-takut nanti ianya sudah tak kedengaran lagi. Jadi aku mohon juga pada kau. Sila ingat momen-momen indah kau bersama aku juga. Sila ingat gelak ketawa dan tangis esak aku juga. Takut-takut nanti tak kedengaran lagi semua itu. Aku cuba jadi Malaikat untuk kau. Malaikat yang bikin kau terbang tinggi. Malaikat pelindung kau. Malaikat yang bawa nama kau ke mana saja dia pergi. Malaikat yang bikin hati merah kau makin merah. Malaikat yang berikan kau cinta yang tak akan pernah kau lupakan. Aku cuba jadi Malaikat itu, tapi kiranya aku masih belum berjaya, aku harap kau masih konfiden yang aku ini adalah Malaikat untuk kau sampai bila-bila. Tuhan di langit tinggi saja yang tahu betapa aku usaha bermati-matian untuk jadi Malaikat kau.

Kiranya tak sempat untuk aku jadi Malaikat itu, aku harap kau masih luangkan masa untuk baca tulisan-tulisan aku di sini. Tulisan-tulisan aku tentang kau. Kiranya nanti kau berhenti baca tulisan-tulisan aku di sini, aku kira sudah berhenti juga cinta kau itu untuk aku. Dan sebenarnya aku tak akan berhenti menulis tentang kau kerna kau itu cinta yang bikin jari-jemari aku turut beremosi untuk menulis.

Kau bilang kiranya nanti aku mati, kau akan ke kubur aku minta izin untuk bersama yang lain. Aku sedih . Aku tak pernah fikir yang aku akan ke kubur kau minta izin untuk bersama lelaki lain. Tapi kalau itu jalan takdir yang sudah ditulis Tuhan, aku tutup mata. Aku turutkan saja. Tapi sebenar-benarnya, matinya aku atau hidupnya aku, aku tak pernah mahu lihat kau dengan orang lain.