Melayu layu




Norma kehidupan itu tak pernah lekang daripada perkara-perkara yang kurang enak untuk kita dengar, cakap ataupun lihat. Dari perspektif aku, setiap individu di muka bumi ciptaan Tuhan ini layak untuk mengutarakan pendapat masing-masing tentang sesuatu perkara. Dan sesungguhnya setiap makhluk ciptaan Tuhan ini dikurniakan kelebihan dan kekurangan pada masa yang sama. Tak bijak mengatur bahasa, binasa penangannya. Aku mahu sembang tentang kehidupan di Johor Bahru yang aku nampak dari mata kepala aku sendiri. Aku yakin ada segelintir makhluk ciptaan Tuhan sependapat dengan aku. Johor Bahru makin cantik. Makin membangun. Tapi apa yang tidak enaknya adalah masyarakat mudanya. Anak-anak muda Johor Bahru. Berpeleseran. Jantan betina sama saja. Pakaian entah apa-apa. Rambut taknak kalah. Paling karat, paling pailang kononnya. Taik kucing. Berjalan berkumpulan kononnya mereka paling hebat. Konon kawasan mereka, siapa kacau parang makannya. Ini golongan-golongan baru nak kenal dunia. Darah muda, katanya. Kita sepatutnya malu jadi Melayu. Melayu tak sedar diri. Melayu tak berwawasan. Melayu layu di negara sendiri. Anak-anak Melayu bangga teguk arak. Kuat sungguh pengaruh budaya Barat sampai anak-anak Melayu kita lupa diri. Party sana-sini. Kononnya, hidup hanya sekali. Melayu tak akan maju. Tak akan pernah maju bila kita ada anak-anak muda yang beranggapan mereka berada di zon selesa.

“Aku lihat layu dalam Melayu. Tanah air kita yang punya kita siram, kita baja tapi angin api kita lupa.Mereka merancang masa menjilat bangsa. 13 harimau bertukar menjadi mangsa. Kita lupa nenek moyang kaya-raya, jangan sekali-kali digadai harta bendanya.” –Malique Ibrahim