
Sebenarnya otak tengah kosong. Tapi aku rasa macam nak menangis. Aku menaip sambil pasang lagu Broken mamat Singapore ni. Aku rasa nak menangis, rasa nak mengadu dengan semua orang, nak mengadu dengan Shou, nak mengadu dengan Bam. Tapi aku tak nak peningkan kepala dia orang semua. Pagi-pagi Shou text Morning. Aku reply Morning juga. Tapi lepas tu aku tak reply pun message dia. Bila Shou selalu ada dengan aku sekarang ni, aku teringat Shakir. Macam bodoh. Aku teringat Afza, aku teringat semua perempuan yang dah kenal aku sebab benda lepas. Aku rasa malu, rasa geram, rasa tak puas hati. Aku harap aku boleh fikir apa yang terbaik untuk diri aku. Okay, air mata dah meleleh, tak boleh nak teruskan menaip.
Foo, pergi ambil air sembahyang, pergi sembahyang. Kau tahu Tuhan selalu ada dengan kau bila kau sunyi. Lepas tu pergi study Selling, hari Jumaat dah test.
*Aku rindu adik aku. Rindu nak tengok TV dengan adik aku. Rindu kat kucing. Rindu kat Ayah. Hari tu janji nak call Ayah tak call pun, Ayah tunggu ;')
Now listening, Broken by Sezairi Sezali