Karma tetap Karma

Aku rasa aku tak dapat lari daripada buat orang kecewa. Daripada dulu sampai sekarang. Dan sebab itu karma selalunya datang balik pada aku. Mungkin aku tak perasan selama ini. Semua benda yang berlaku kat dunia ini saling berkaitan, dan aku rasa tak ada sesiapa yang terlepas daripada karma masing-masing termasuk aku. Aku minta maaf kalau aku pernah buat kau, kau atau kau kecewa, aku minta maaf.

Benda jadi kat dunia ini bersebab. Dan manusia pun bertindak bersebab. Ada yang bertindak bodoh. Itu pun bersebab juga. Aku rasa tak semua orang setiap masanya bertindak bijak. Aku juga. Setiap tindakan itu ada alasan, dan manusia punya bermacam jenis alasan untuk kekal hidup, kekal selamat. Setiap tindakan itu akhirnya berbalik kepada Karma, kita semua berbalik kepada Karma.

Aku tak ada apa-apa dan tak ada benda yang boleh buat kau jatuh cinta dengan aku. Aku harap kalau ada perasaan yang macam tu, sila buang cepat-cepat. Aku harap kau tak jatuh kat aku, sebab aku tak pernah rasa nak sambut. Lupakan crush or apa-apa. Aku tak ada perasaan. Aku minta maaf.

Aku boleh hidup macam ni. Boleh. Aku minta maaf.
xoxo,
FATIN FUZZAINNE HASRAN