
Dimulakan dengan ungkapan ringkas Basmallah, moga Tuhan merestui tulisan aku untuk kali ini. Aku bukan mahu menyeru, tapi lebih kurang ingin memohon agar sekalian Dewa-dewa Cinta itu ada bersama aku, kerana aku percaya dengan magis-magis yang dibawa oleh Dewa-dewa Cinta itu sendiri. Hati aku melolong kuat yang masih ada segenap ruang untuk disumbatkan segenap cinta dimana ruang itu masih tersorok di sudut tepi hatinya. Dan ruang itu khas untuk aku. Izinkan aku untuk menyelami isi hatinya di takat paling kritikal, paling dasar, paling dalam kerana sebelum ini aku tak berpeluang untuk sampai ke dasar hatinya. Mohon dikuatkan jodoh itu di masa akan datang. Dewa-dewa Cinta, tunjukkanlah cinta suci kau itu pada aku, pada segenap lapisan alam, pada setiap tingkat langit hingga ke langit yang paling jauh, paling atas. Sesungguhnya magis cinta yang dibawa oleh kau paling agung wahai sekalian Dewa Cinta.
Aku di sini menanti hari esok dan hari-hari seterusnya. Sekalian Dewa Cinta, sila bersama aku.
Bak kata Tun Boja Bistara, ''jangan lupa smskan pada Dewa Kayangan. Sediakan sekalian Dewa-dewa Cinta.''
Insyaallah, dengan restu Tuhan yang satu.