Tribute untuk kawan-kawan jatuh bangun ente.

Benda paling true dan hardcore yang ada pada genggaman tangan aku saat ini adalah kawan-kawan jatuh bangun aku. Daripada persepsi lucahnya, kote-kote jatuh bangun kesayangan aku. Dan suku daripadanya adalah pusi. Aku dengan rasa bangga dan takburnya ingin teriak yang hidup aku sekarang ini boleh diklasifikasikan awesome bagai bhai. Senyum sokmo aku, ketawa aku ya benar-benar ikhlas, lansung tiada direka-reka atau dibuat-buat. Hati aku bunga-bunga bila ramai Joker yang cuba buat aksi sarkas untuk pastikan aku senyum dan gelak besar. Hidup aku ini hakikatnya tidak sesempurna kejadian langit dan bumi Tuhan, namun cuba disempurnakan oleh sekalian makhluk ciptaan-Nya. Gayanya aku ini seperti seorang pelarian yang kurang kasih sayang tiba-tiba dilimpahi sebelanga kasih sayang comel-comel dipertengahan jalan yang terik. Dan paling istimewa, dengan kasih sayang comel itu membuatkan aku makin comel (gelak kecil). Itu hakikat wahai manusia.

Cuba lu orang cari airmata kat wa, setitik pun jadi lah. Lu tak akan jumpa, Bro. Wa dah tak geng dengan airmata. Sumpah.

Kepada kote-kote dan pusi-pusi jatuh bangun kesayangan aku dunia dan akhirat, terima kasih untuk nilai kasih sayang yang kau suakan, yang kau campakkan pada aku. Terima kasih untuk hari-hari dan moment-moment indah ini. Terima kasih bangunkan aku daripada mati itu dan buat jiwa aku terharu. Aku cuba cari lagu yang sedikit Hardcore untuk aku dedikasikan buat sekalian kote dan pusi kerana aku tahu kalian daripada kalangan hardcore belaka (kononnya lah) tapi tak ketemu. Yang ada cuma Heartcore.

Nak aku petikkan gitar akustik sambil menyanyi merdu untuk kalian, tanganku ini tak berhenti-henti menggigil, suaraku ini alahai. Sumbang. Cukup kalian pinjamkan telinga handsome kalian dengan mendengar alunan muzik asyik Bruno dari Planet Mars, COUNT ON ME (tekan sini) dan senyum comel-comel. Aku dedikasikan setahun sekali untuk kalian. Ingat sampai mati.