Hati-hati hati, biar hati kering jangan mati hati. Jadi, hati-hati hati.

Panas terik di bulan Mac sudah cukup membuatkan ketiak aku basah. Tidak seperti di bulan Februari tikamana langit menangis tidak henti-henti dengan alasan apa pun aku tidak pasti. Biarkan saja. Lain bulan, lain kisahnya. Bulan-bulan seterusnya akanku hadapi jua, ya kerana aku masih penghuni tetap Bumi. Malaikat maut itu masih belum melambai-lambai ke arah aku. Alhamdulilah. Ini sekadar intro konon-konon wow daripada aku. Mari, ambil masa sejenak untuk aku ceritakan soal hati ini. Hati kering.

Bulan Mac, hati merah aku ini sudah cukup kering. Aku biarkan ia kering. Kering-kontang. Aku menunggu pembaja itu. Yang aku panggil Legend. Aku pasti dialah yang akan mengambil tugas untuk mebaja hati aku ini. Dialah pembaja hati aku. Baja saktinya saja yang akan buat hati aku ini mekar kembali. Hanya dengan baja saktinya. Dan bunga-bunga cinta akan terus tumbuh segar dan molek. Akan aku tunggu moment-moment itu. Akan. Pasti.

Kehadapan Hati,

Hati-hati hati, biar hati kering jangan sampai mati hati. Takut-takut tak sempat pembaja hati mahu bajakan hati, hati sudah mati. Jadi, hati-hati hati.