Nikmat akal untuk berfikir. Nikmat tangan untuk menulis

Aku jatuh cinta. Indah sungguh. Cinta aku pada “menulis” itu makin hari makin berahi, makin terangsang. Nikmat statiknya, aku saja yang rasa, aku saja yang stim. Senyum lebar-lebar kerang busuk. Menulis itu satu kewajipan pada masa lapang. Hari-hari aku di atas katil buruk bertemankan sebatang pensel dan beberapa helai kertas putih ligat menulis sesuatu. Untuk maklumat penghuni tetap planet Bumi, aku bukan Blogger yang sign-in Blogger.com, tekan new post dan jejari mulai bermain dengan tetikus. Itu bukan aku. Ilham aku sampai dari atas katil ditemani Encik Bulu sambil melayan alunan muzik cool dari telefon bimbit bukan touchscreen Sony Ericsson K530I yang perlu diikat dengan tangkal tak kencing malam kerana bontot sudah longgar nak masuk earphone RM20.00 Pasar Karat. (Asyik main bontot kan)

6 post dibawah dan post ini aku karang pada 2 Mac 2011 mulai jam 11.10 malam hingga jam 1.23 pagi. Jiwa aku tenang, hujan lagi di Segamat, ilham yang datang mencurah-curah. Semua ini hasil pengalaman hampir 21 tahun yang boleh aku garapkan sewenang-wenangnya. Pengalaman itu aku jadikan modal untuk aku menulis. Kalau pengalaman itu buat aku lebih berfikiran matang dan mengenali dunia sebenar ini, aku perlukan lebih lagi pengalaman. Dengan pengalaman itu, harapnya sampai kapan pun aku tak berhenti menulis. Itu janji suci aku.

Tangan kiri ini sudah mengeluh lenguh, mata pun sudah merengek minta didodoi tidur. Sebelum aku lena dibuai mimpi basah lenjun, terima kasih Tuhan atas nikmat akal untuk berfikir, nikmat tangan untuk menulis yang kau pinjamkan. Sujud syukurku bukan pada Sami berkepala botak berjubah kuning, bukan pada Dewa Monyet, bukan pada Si Jesus celaka. Sujud syukur aku hanya pada yang sifatnya kekal, satu dan Esa. Alllah s.w.t