Sampai bila ? 10 tahun ?

Untuk mengejar dan menunggu benda yang amat bernilai, hiraukan saja sang waktu kerana waktu itu halajunya tetap, tidak berubah. Tidak mungkin terlambat dan tidak mungkin terlalu cepat. Itu sifat waktu. Kalau terpaksa menunggu dan berlari untuk mengejar kau memakan masa sehingga ke 10 tahun, aku bayangkan 10 tahun itu 10 bulan, atau 10 itu mungkin 10 minggu. Tidak mustahil 10 hari. Itu semua pasti jika aku nekad dan kental. Jangan tertawa sinis, itu sial buat sekian kalinya.

Sampai bila kau nak tunggu aku ? 5 tahun lagi ? 10 tahun ?

Sampai mati. Muktamad. Kita ketemu nanti ya.