
Apa gunanya ayah hantar hari-hari ke sekolah agama, sampai darjah khas dan dapat pangkat 1, kalau solat pun aku tak jaga ?
Apa gunanya aku belajar sampai ke universiti kalau Al-quran pun aku tak sempat sentuh ?
Apa gunanya aku hidup di dunia mengejar cinta manusia kalau aku lupa janji aku pada Tuhan untuk terus mencintai-Nya ?
Apa gunanya ? Tak ada gunanya.
Pari-pari Syurga, lekas ! Tarik aku untuk ambil air solat. Minta maaf. Aku jadi sebak. Aku rindu Tuhan.
Apakah dalam sarat khilaf masih terbuka ruang untuk dianugerahkan keinsafan ? Rabb, moga pintu taubat-Mu terbuka sebelum api dari bara itu menyala. –Shukri Abdullah