
Bukan membangkang kata-kata Lock Nain dalam Metalphora, “MEMORI ITU DAH TAK BOLEH PAKAI DAH” hanya menjawab apa yang perlu aku jawab. Sayang kau lah Lock.
Kalau bisa aku padamkan segala memori itu, sudah aku padamkan. Kalau bisa aku campakkan peti besi memori itu, sudah aku campakkan jauh. Di pantai Arizona mungkin. Ya, memang benar apa yang kau ungkapkan, memori itu perit rasanya. Perit untuk ditelan. Tapi aku tak bisa, aku lebih rela telan perit itu. Deria rasa sudah tak berfungsi atau mungkin sudah lali.
Jangan kau tak tahu, aku tercari-cari butang PADAM itu. Aku cari, aku usaha. Kau tahu ? Aku jumpa butang PADAM itu tapi bila aku mahu tekan butang PADAM itu semacam ada kuasa yang menghalang aku untuk menekannya. Mungkin kuasa Dewa-dewa Cinta yang tak putus asa untuk buktikan yang cinta itu masih wujud untuk aku. Aku percaya dengan magis Dewa-dewa cinta, manakan sanggup untuk aku tekan butang PADAM kalau itu yang aku rasa terbaik, memori itu berharga. Aku jadi lega. Tak jadi nak tekan butang PADAM itu.
Jangan lenyap memori cilik. Jangan lenyap memori indah. Jangan lenyap memori cinta. Aku melutut, aku merayu. Jangan ! Jika benar memori itu patut aku lenyapkan, sampai masa nanti akan aku lenyapkan juga tanpa paksaan. Hati aku buat kerja dia. Jiwa aku buat kerja dia. Tangan aku buat kerja dia. Kalau hati, jiwa dan tangan aku berhenti kerja, aku turutkan saja nanti. Tak elok paksa-paksa.
* Tulisan ini aku coretkan 2 hari lepas. Tapi hari ini hati aku, jiwa aku dan tangan aku hantar surat resign. Nak berhenti kerja. Jadi aku turutkan saja. Betullah kata kau Lock, “MEMORI ITU DAH TAK BOLEH PAKAI DAH” Jadi, biarkan saja lenyap memori cilik itu. Biarkan saja lenyap memori indah itu. Biarkan saja memori cinta itu lenyap. Aku tekan butang PADAM. Haish.