
Mereka bilang kau ingat aku. Bangun nak pergi kerja ingat aku, sebelum tidur ingat aku. Aku tak rasa apa-apa yang istimewa. Bagi aku, kau gunakan konsep cukupkan syarat. Aku tak gembira langsung. Aku jadi sakit hati. Terus-terang aku cakap. Buang saja aku dari hidup kau. Aku ini hanya sisa-sisa basi semalam yang hanya bikin bau busuk saja. Lekas, buang aku ! Bosan untuk aku bicara tentang cinta. Aku sendiri bebal tentangnya. Berlakon kuat depan orang ramai, kau ingat aku tak lelah ? Kau ingat aku tak jelak ?
Carilah gf yang faham kau, yang sedondon dengan kau, yang jahat, yang tak belajar kat universiti. Aku nak jadi orang pertama yang tahu. Aku nak rasa macam mana perasaannya. Carilah.
Tun Boja Bistara kata pada aku :
''Kau muda lagi. Hidup terlalu singkat untuk kau rasa sedih. Pegang kata-kata aku ini : CHILLEX sepanjang hidup. CHILL + RILEX. Chill saja dalam hidup dan hidup dengan rilex.''