Kau tahu.

Tidurku terganggu oleh ketukan pintu. Aku cuba buka mata dan terus sinaran matahari dari celah-celah jendela itu berebut-rebut singgah tepat ke mataku. “Ah, hari sudah cerah. Terlalu cepat masa berlalu.” Bisik kecil hatiku. Aku lekas bangun terus ke ruang tamu untuk membuka pintu. “ Hoi ! Pagi-pagi buta dah kacau orang tidur. Takda kerja lain ke ? ” Pekik aku dari dalam. “ Cepatlah bukak pintu. Aku memang suka kacau orang yang takda life macam kau. Tidur je kau tahu.” Aku tergelak mendengar suara itu. Mamat ni memang tak pernah give up dengan aku. Pintu itu aku buka terus terpampang mukanya tersenyum lebar, “ Goodmorning Sunshine.” Ringkas ucapannya pada aku. “ Apa goodmorning Sunshine ? Dah tengahari lah gila. Siapa Sunshine ? ” Jawab aku dengan nada marah yang dibuat-buat. Jual mahal. “ Kau lah Sunshine, my Sunshine. Hah, tahu pun dah tengahari. Kalau aku tak datang, sampai esok lah kau tidur. Tak bangun-bangun.” Aku terkedu. Aku palingkan muka dan selamba menjawab, ” Baguslah tak bangun, biar mati terus. Hidup pun macam taik, nak buat apa. Mati lagi baguslah.” Dia terdiam. Keadaan di ruang tamu itu jadi senyap. Tegang hampir 5 minit.

Kemudian, dia menyusun kata memujuk, “ Okay kau menang. Pergi mandi sana. Bau piau sangat dah kau ni, lepas mandi aku belanja makan.” Riak wajahku berubah, simpulan senyum terukir di wajahku, “ Mesti poket kau tengah berkepukkan ? Makan besarlah !” Aku mengusik. “ Mapley jela mampu.” Jawabnya. “ Bigmac! Bigmac! Bigmac! Bigmac! “ Sorak aku di hadapannya. Dia tersenyum melihat gelagat aku. Aku mengusik lagi, “ Orang dulu-dulu kata senyum tu tandanya setuju. Kau tunggu sekejap, aku pergi basuh muka and gosok gigi.” Terus aku menuju ke bilik air. “ Tak mandi ? Pemalaslah kau ni. Macam mana nak jadi bini aku ?” Jeritnya. Aku menyahut dari bilik air, “ Kau macamlah baru kenal aku semalam, tak payah mandi bazir air je. Siapa nak jadi bini kau ? Aku sanggup makan lipas lah.” Dia tergelak.

...

“Pakai seatbelt. Aku belum ready nak kau mati lagi.” Tegur dia. Aku turutkan saja, aku terus memakai seatbelt dan menekan butang on radio. Lagu demi lagu berputaran diselangi iklan yang bosan. Aku ambil peluang untuk menyakat lelaki disebelah aku yang sibuk memandu itu. “ Bila kau nak ada makwe ? Asyik dengan aku je. Kau tak bosan ke. Aku dah bosan dengan kau.” Sakat aku sambil menahan gelak. “ Kau jangan jujur sangat boleh tak, nak kena tumbuk ? Kau jela jadi makwe aku. Senang sikit nak jaga.” Jawab dia selamba. Aku lantas menjawab, “ Taknak lah aku. Kau bukan taste aku. Aku suka yang retro-retro macam Naza The Times. Kau out of list lah.” Dengan muka menyampah dia menjawab, “ Banyak-banyak orang Naza juga yang kau nak. Tak ada taste lah kau ni. I am much better than him.” “ Excuse me, aku rasa dah cukup high taste lah aku ni nak yang macam Naza. Alah aku minat jela sebab dia seksi. Tapi kau tahu kan aku nak...”

Seindah tiada lagi kau kuingatkan,

Sayang kau hilang..

Menanti biar sampai akhir hayatku di dunia ini..

Kau tahu betapa ku sayang .......

Aku terdiam. Ah lagu itu berputaran. Aku jadi sebak dan segala memori silam terus berlari-lari masuk ke dalam kotak fikiranku. Lantas, aku tukar siaran radio. Lagu itu dan kisah aku. Aku tak mahu dengar. Airmata jatuh, aku menahan sebak. Dengan nada suara yang perlahan aku berkata, “ Aku tak selera lah nak makan. Hantar aku balik.” Aku pandang ke luar tingkap. “ Sampai bila kau nak macam ni ? Tak penat ke nangis hari-hari ? Aku rindu kau yang dulu. Aku tak suka dengan kau yang sekarang.” Bebel dia. Aku hanya pekakkan telinga. Hati kecilku berbisik, “ Aku nak dia. Kau tahu kan ? Aku nak dia..” Airmata makin deras. Aku pejamkan mata.

Sampai di depan rumah. Aku melangkah longlai keluar dari kereta. Fikiranku melayang jauh. Kosong. “ Text aku bila kau dah ada selera nak makan Bigmac. Aku asingkan duit Bigmac kau tu. Rasa berdosa pulak nanti kalau kau tak dapat makan Bigmac.” Jerit dia dari dalam kereta. Aku tergelak kecil, aku melihat ke arahnya dan berkata, “Terima kasih kawan. Aku masih hidup sebab aku ada kawan macam kau. Tak pernah give up dengan aku. Aku mintak maaf. Cuma, apa yang aku nak aku masih tak dapat. Jangan risau pasal aku lah, aku okay. Lepas dengar lagu ACAB semua settle lah.” Aku hadiahkan dia senyuman yang paling ikhlas dan manis sebelum dia beredar.

*Being sad is much better than die. I’m still alive and the saddest part is still with me.