Nombor ekor.

Si anak ada nombor ekor yang cantik. 3.67. Si anak kali ini bertuah, tak perlu pergi ngangkung nombornya kena juga akhirnya. Si anak melompat kegembiraan, niat hatinya mahu dia hadiahkan nombor ekor itu untuk Si bapak. Riak wajahnya berubah. Malangnya malam sebelum nombor ekor itu kena, perang antara Si anak dan Si bapak tercetus terlebih dahulu. Jadi Si anak simpan kemas nombor ekor itu dalam sakunya. Tak tahu bila masanya untuk dia hadiahkan pada Si bapak.

Orang tua itu tak tahu macam mana perasaan susah aku di universiti. Orang tua itu tak tahu macam mana aku menangis dalam toilet bila markah test aku sikit. Orang tua itu tak tahu macam mana aku kecewa bila carry marks kawan-kawan aku tinggi daripada aku. Orang tua itu tak tahu macam mana kelakarnya aku bila order kopi O ais yang pahit semata-mata nak study untuk final exam. Orang tua itu tak tahu macam mana perasaan takut aku untuk kecewakan dia dalam pelajaran. Orang tua itu tak tahu yang sesungguhnya aku mentelaah selama ni, raut wajahnya saja singgah di fikiran aku. Aku belajar untuk dia, orang tua itu. Dia tak tahu.

Hanya kerana satu baris ayat Sang Ayah, buat aku kecil hati dan tak tahu sampai bila perasaan itu bersarang dalam diri aku. Aku kecewa dan aku menangis. Perasaan kecewa, kecil hati, sedih dan bersalah dan berdosa. Semuanya menjadi satu rasa yang kurang enak. Aku diam. Tidak bertegur. Ada ego yang tebal dalam diri aku. Ya, aku rasa berdosa. Lewat malam aku menangis sendiri. Nombor ekor itu tak ada makna langsung sekarang ini. Lupakan angka 3.67. Aku benci.