Aku rasa aku langsung tak bagi peluang kat diri aku untuk enjoy. Jadi aku rasa bersalah dan berdosa pada diri aku. Aku biarkan soul ini berhabuk. Aku biarkan hati ini rosak. Aku biarkan otak ini berkurap. (Now playing Kickstarts by Example) . Bila aku dengar lagu kegemaran aku ini, aku jadi semacam bersemangat seperti muziknya sendiri. Rasa macam hidup. Aku jadi terfikir, apa salahnya aku ambil vakuum untuk sedut semua habuk dalam soul aku ni. Apa salahnya aku cuba repair hati aku yang dah rosak ni dan apa salahnya aku cari ubat untuk hilangkan kurap dalam otak aku ni. Bukan untuk siapa-siapa, untuk diri sendiri juga. Aku patut bersihkan dosa yang aku cipta untuk diri aku, aku patut hilangkan rasa bersalah tu. Buat apa yang terbaik untuk diri aku. Tak rugi.
“You can’t give up because if you give up, you will never find your soulmate. You will never find that half who makes you whole and that goes for everything. Just because you fail once, doesn’t mean you’re gonna fail at everything. Keep trying, hold on, and always, always, always believe in yourself, because if you don’t, then who wil ? So keep your head high, keep you chin up and most importantly, keep smiling because life is a beautiful thing and there is so much to smile about.”
–Marilyn Monroe
Gaya Marilyn Monroe berbual pasal cari soulmate. Macam tak kena pulak. Dalam hal aku, aku tak mahu give up dengan life aku. Banyak sangat cerita-cerita sedih aku gebangkan. Gaya orang lost hope dengan hidup dia. Tulisan seorang Loser. I just need to kickstarts my own life by myself. Tolong support depan belakang kiri kanan aku okay kawan-kawan.