Labyrinth.

LABYRINTH hanyalah sebuah halaman putih yang sarat dengan huruf-huruf yang apabila ditaip bersama akan menjadi satu perkataan dan seterusnya perkataan itu akan membawa kepada sebuah erti dan seterusnya apabila digabung bersama sekaligus menunjukkan gambaran perasaan pemiliknya. Jadi makin banyak huruf disambung, makin banyak perasaan yang cuba ditonjolkan oleh seorang aku dan bukan seorang dia. Aku. Sebenarnya banyak perubahan pada blog ni dari masa ke semasa, aku cuba tulis sebaik dan sehabis mungkin. Terus terang, aku akan menulis bila aku rasa sedih atau bersemangat. LABYRINTH boleh dikatakan blog emosi sebab penulisnya adalah seorang aku. Menjadi kewajipan bagi aku untuk letak figura-figura lelaki kacak dan style pada setiap post aku sebab aku ada impian mahu jadi lelaki jika ada kelahiran yang baru. Aku tak akan letak figura cikaro dan aku tak ada alasan untuk itu. Peace. Dan setiap figura itu hitam dan putih. Aku mahu sedondon. Itu saja. Apa yang aku karangkan adalah dari peti besi pengalaman aku, apa yang aku perhatikan dan simpulkan, apa yang aku rasa tidak lucah dan halal ditelanjangkan dan paling penting aku menulis dari hati dan digandingkan bersama akal. Hati paling ikhlas serta akal paling hardcore. Oh lupa, emosi juga sama penting. Aku tak akan tak pernah pakai lagu untuk blog ni tapi aku tak akan tak pernah tukar lagu untuk blog ni sebab ini blog seorang aku, kawan baik aku adalah muzik.

Aku harap masih ada mata-mata yang menjadikan LABYRINTH ini sebagai pencuci mata untuk mata-mata mereka sebab aku hidangkan LABYRINTH memang khas sebagai pencuci mata untuk orang awam. Air tangan aku. Sedap atau tidak terpulang pada masing-masing punya selera, masing-masing punya mata. Jika sedap, sudah tentu kau mahukan LABYRINTH lagi. Jadi aku mahu ucap terima kasih. Jika tak sedap, kau boleh butakan mata kau. Masih juga aku mahu ucapkan terima kasih. Tangan aku tak akan berhenti menulis. Hati aku tak akan berhenti bisikkan sesuatu. Soul aku tak akan mati. Emosi aku tak akan berhenti beremosi. Jika hanya Tuhan izinkan aku hidup lagi.

Sedikit butiran peribadi tentang seorang aku, mama bagi nama Fatin Fuzzainne bt Hasran. Aku akan rasa lebih comel kalau kau panggil nickname aku Fafoo atau Foo. Aku belum boleh terima hakikat dunia yang umur aku sah 21 pada 15 Jun ni. Aku tinggal di Johor Bahru. Setakat ni, aku tunggu masa nak sambung Degree. Tinggi 160cm. Berat 61kg (dah naik tapi rasanya) Aku bernafsu dengan Luke Pritchard, Jonathan Pierce, Naza The Times, Malique Ibrahim, Joe Flizzow & Redfoo sebab mereka cool macam seorang aku juga. Aku lagi suka kawan dengan kote. Bujang trang tang tang, tak laku. Itu saja.