Malam sunyi. Langit hitam. Udara sejuk. Kipas putih bising berputar. Bunyi kenderaan menyusur jalan sepi. Aku di sini di kamar ini. Aku sendiri. Melayan perasaan.Terus melayang. Aku cuba ukirkan senyum. Aku imbas kembali momen-momen indah yang pernah singgah dalam hidup aku. Aku tersenyum lagi. Figura-figura mereka yang buat aku gembira muncul satu persatu. Kayaknya seperti slideshow pulak. Momen-momen suram sendiri susah untuk dikikis dari kepala ini apatah lagi momen-momen indah dan lucu yang buat aku tersenyum ? Haram hukumnya. Aku banyak protes. Aku bilang hidup tak adil. Tuhan tak adil. Apa yang aku mahu tak dapat. Aku memang seorang yang beremosi. Aku suka bersendiri. Aku senang menangis. Aku malu sebab tak dapat ubah benda ni. Kadang-kadang aku menipu diri sendiri. Aku menangis tapi bilang tak, tak aku tak menangis. Tapi itu diri kita sendiri. Aku hanya jadi diri sendiri. Tujuan post ini hanya untuk aku ucapkan terima kasih kepada kawan-kawan aku yang selalu ada dengan aku bila aku jatuh tersungkur banyak kali, cipta momen-momen indah untuk aku yang sangat sukar untuk diluputkan, kata-kata nasihat untuk aku selama ni yang kadang aku langsung tak guna, masa-masa yang dibuang hanya untuk aku dan juga terima kasih buat aku menangis menaip sekarang ni bila ingat momen-momen indah aku dengan kau orang. Buat aku rindu. Aku minta maaf kalau aku terbuang kau orang dalam hidup aku. Kadang-kadang aku rimas juga bila ramai orang sangat dalam hidup aku. Foo, life isn’t fair, but it’s still good right ? You still can smile when the sweet moments come to you right ? –Shou