Kosong.

Keadaan aku tak berapa baik sangat. Diri tak terurus. Jauh dari Tuhan. Tak berduit. Nak dapat kerja pun susah. Cepat penat. Susah nak tidur. Bila tidur asyik terjaga. Stress. Tak boleh nak senyum. Rasa nak menangis saja. Buat apa benda pun tak kena. Dah lama tak keluar rumah. Aku benci diri aku yang sekarang. Terlalu memikirkan sesuatu. Terlalu persimis. Terlalu emosi. Terperap dalam bilik macam tak ada life. Fake depan orang macam takda apa-apa. Selalu dengan Labyrinth share cerita yang gelap dan sedih. Aku dengan dunia aku sendiri. Aku tak suka semua ni. Aku nak keluar dari semua ni, tapi aku tak mahu cuba. Aku seorang yang beremosi, aku minta maaf. Aku tak happy dengan life aku sekarang. Bukan tahun yang baik untuk aku. Aku berhenti berdoa, aku cuma rasa isi doa aku tak akan didengar Tuhan. Aku berhenti tadah tangan. Dah lama. Aku hanya perlu seseorang untuk duduk sebelah aku, lihat aku menangis dan diam mendengar saja apa yang aku bilang.

And i need a hug and words, “Foo, everything will be fine someday and you will be alright. Be strong okay.”