Papadom.

“Ayahku tersayang maafkanlah aku jika aku masih menangis. Masih belum bisa menjadi seperti apa yang ayah selalu mahu.” –The Lucky Laki

Meniti umur 21 tahun memang banyak ranjaunya. Hal kawan, keluarga dan lain-lain tak pernah putus singgah jenguk aku. Apa yang perlu aku buat adalah berlagak kuat. Itu saja. 21 Jun 2011 kira hari mata lebam bukan sebab kena tumbuk tapi sebab menangis lama sangat. Pedih dia jangan tanya. Bila aku diam, nanti diingatnya Sang Bapak dia saja yang betul. Bila aku buka mulut, dikatanya aku derhaka. Orang tua. Tapi salah aku juga, buka mulut dan alirkan suara yang kuat pada dia. Makannya, kena pukul lah. Kali pertama dan rasanya enak sangat. Aku berusia 21 tahun kali pertama di pukul seorang lelaki yang aku anggap hero pada 21 Jun 2011. Cun sangat. Sampai time mandi pun sambil menangis. Cerita pada Shou dia gelak. Itu cerita sebelah petang. Sebelah malamnya turn Sang Bapak pulak menangis. Sedih sangat sampai tak boleh tidur malam menangis rasa bersalah pukul aku. Jangan tanya lah panik aku macam mana tengok bapak aku menangis. Aku layan.

Aku pernah bilang pada Shou, “Old folks was hard to understand and for them teenager was hard to understand too.” Cara pemikiran sangat berbeza tapi kalau kita cuba fahamkan kita akan lebih jelas dalam beberapa perkara. Bagi aku ayah aku tak cuba nak faham aku dan aku juga begitu. Aku tak fikir banyak cuma pada satu benda ni. Aku cuma takut hilang berkat hidup daripada seorang ayah pada anak dan juga berkat untuk aku belajar sebab benda ni sangat penting bagi aku. Tapi bila aku lihat dengan mata kepala aku sendiri ayah menangis depan aku, aku tahu. Masih ada yang namanya berkat dan doa seorang ayah untuk aku.

Pak Hasran : Sedih. Dah pergi Klinik Muru cek. Kencing manis. (padahal kat tangan aku tengok bawak 2 mangkuk taufufa)

Mama : Lah betul ke ? Kakinya jadi macam tu sebab kencing manis lah.

Pak Hasran : (Senyum) Alhamdulilah tak kencing manis pun. Kaki gatal je sebab kucing. Ni Adik (kucing) punya pasal lah ni.

Tuhan, tolong panjangkan umur ayah dengan mama sebab aku masih perlukan doa seorang ayah dan ibu. Itu saja harta yang aku ada buat masa ni. Bolehkan Tuhan ? (menangis)