
Pesanan ringkas itu aku buka dan baca. Lantas aku tersenyum. Memori indah terus menerjah masuk dalam kotak fikiran aku. Ah, indah. Sudah terlalu lama aku tak ketemu kau. Hampir 2 tahun. Mungkin banyak benda yang sudah berubah, aku jadi tak sabar. Aku senyum lebar, rasa bahagia. Aku capai telefon bimbit aku dan baca semula pesanan ringkas itu, "Dah lama tak jumpa kau. Apa kata kita jumpa ?" Jawapan aku pastinya ya. Senyum lagi.
Hari yang dijanjikan sampai, aku menunggu kau. Mata terus meliar, mencari-cari susuk tubuh kau. Masih tak muncul. Jantung berdegup laju. Dupdapdupdap. Tapi aku cuba berlagak cool. Berlagak tak berapa excited tapi hati aku cukup excited. Tuhan di atas tahu. Sesekali aku melihat screen telefon bimbit, kalau-kalau ada pesanan ringkas masuk dari kau. Ah lambat sangat. Aku terus menaip, "Mana kau gila ? Dah lama sangat aku tunggu." Dia membalas, "Jap. Aku on the way. Kau relax jela." Aku memang dah biasa tunggu orang . Macam mulia kan. Hampeh. Hampir 10 minit aku menunggu dan itu dia ! Dia tersenyum. Sudah lama aku tidak lihat dia senyum di depan aku. Mahu saja aku dakap dia. Hati berbisik. Terlalu rindu. Ah banyak yang sudah berubah. Dulu kali pertama aku jumpa, dia cukup selekeh. Hanya berT-shirt biasa, seluar pendek, selipar dan masih bertahi mata. Tapi yang ada di depan aku saat ini, bukan main bergaya. Bau pun wangi sangat. Ada satu yang masih sama. Rantai merah itu.
Aku mulakan bicara, "Hello. Wah lain gila kau. Kenapa makin kacak lah sial ? Oh sekarang bukan main, telinga dah ada subang. Dulu aku tanya ada piercing kenapa tak pakai subang kau kata taknak dah. Sekarang apa cerita ni ? But, nice lah." Dia senyum malu dan menjawab, "Itu dulu maa, sekarang pakai lah. Haha. Mana ada kacak, lu perli gua. Starlight nak ? Aku ketawa. Perangai langsung tak berubah. "Macam tak percaya hari ni jumpa kau. Kau janji nak balik JB since Chinese New Year dulu kau tahu tak ? Kau memang kaki kencing lah kan." Dia bilang, "Bukan taknak balik jumpa kau. Aku takda duit nak balik. Ni aku ada duit, aku balik lah sekejap jumpa kau." Aku hanya diam saja. Terus aku tarik tangannya.
Terlalu banyak yang ingin aku kongsikan sama dia. Kisah gembira. Kisah sedih. Kisah bodoh. Kisah celaka. Aku tahu dia akan diam dan dengar saja apa yang aku bebelkan. Biarkan aku dengan dia saja. Jangan ganggu.
God, I’m waiting the day to come.