Kau bilang forever ?

Jangan berjanji di dalam borak. Aku tak suka. Jangan terlalu pasti pada sesuatu itu, kau kurang pasti hakikatnya. Jangan mudah mengatur bibir untuk bicara, nanti padah tergigit lidah sendiri. Lidah yang merana. Kau bilang sama aku forever tapi apa yang sudah jadi sekarang ini ? Mana forever itu ? Mana ? Tunjuk pada aku. Lekas. Bila kau ada jujurnya matahari juga bersama aku, bersinar indah untuk hari-hari aku. Tapi bila kau menghilang digantikannya hujan mendung yang buat aku sendiri kesejukkan dalam basah. Perginya kau itu buat aku terasa. Sangat terasa. Kau bilang sama aku forever ? Kalau aku suruh kau pergi dari aku itu maknanya aku mahu kau bersama aku. Bila aku bilang pergi, aku cuma ingin dengar dari nulut kau yang kau tidak akan pergi. Itu saja. Tapi kau dah tak ada dengan aku. Kau sudah pergi. Itu kau bilang forever ?