
Apa ada dalam otak kau bila melihat bekas pacar kau yang bodoh kelihatan gembira bersama ceweknya yang baru ? Jangan emosi, dia hanya akan buat perkara bodoh itu juga pada ceweknya itu. Satu hari nanti. Apa ada dalam otak kau bila bekas pacar kau sedih dengan ceweknya dan cari kau untuk berkongsi kesedihan itu ? Jangan sombong, dia merasa kau orang yang tepat untuk dia berkongsi masalah. Dia percaya pada kau. Dia tahu kau pendengar yang baik. Apa ada dalam otak kau bila bekas pacar kau masih juga tak punya pengganti kau ? Jangan perasan dia tak boleh nak lupakan kau, dia cuma kusut nak berpacaran lagi. Tapi hakikatnya tipu lah dia tak ada dua tiga orang cewek bersamanya. Apa ada dalam otak kau bila bekas pacar kau berkasih dengan cewek yang jelasnya kau lebih cantik darinya ? Cinta tak pandang rupa. Yang terbaik akan menang. Apa ada dalam otak kau bila melihat bekas pacar kau berkasih dengan cewek jauh lebih cantik dari kau ? Aku akan rasa loser. Apa ada dalam otak kau bila bekas pacar kau makin kacak dan single ? Kalau dia yang aku mahu, aku akan jadi risau. HAHA. Kelakar.
Ini post paling bodoh aku. Grrr.