
Tak kisah lah kawan atau kenalan tapi tetap fungsinya sama bagi aku. Aku suka nak mendengar pendapat orang tentang hidup. Nyata sekali masing-masing punya pendapat yang berbeda. Jadi tak salah aku gunakan pendapat mereka untuk diri aku sendiri. Hidup satu proses pembelajaran. Dari situ kau kenal erti hidup, susah payah jatuh bangun, senyum gembira dan tangis hiba. Cukup lengkap satu pakej. Hidup hanya akan mendewasakan kita. Guru terbaik adalah pengalaman. Aku tak mahu mengungkit yang hidup tak adil kali ini, aku cuma harap hidup akan lebih mudah untuk aku. Tuhan bagi pinjam nyawa untuk aku hidup, tapi aku tak nikmati dengan cara yang betul. Aku belum sedia nak pulangkan semula nyawa itu pada tangan Tuhan, jadi aku mahu beri peluang pada diri aku untuk merasa lagi hidup ini. Banyak masa yang dah aku sia-siakan. Aku banyak jumpa orang yang sia-sia. Kita mula semula.

Aku terlalu berharap dan pada masa yang sejajar itu juga aku beri harapan pada orang. Bukan perkara baik. Terima kasih Taiko untuk nasihat ini buat jadi pegangan untuk hari esok yang baru.