
Politik Malaysia berkecah. Isu liwat Anwar Ibrahim tak habis lagi dan akan disambung. Kepimpinan Najib dipertikaikan. Harimau Malaya tewas dengan Singa. Datuk Lee Chong Wei tunduk dengan Lin DAN. Apa-apa pun jua masalah dan kisah dalam negara Malaysia ni, Alhamdulilah sudah hampir 54 tahun kita merdeka. Terbayang foto hitam putih kabur Tunku Abdul Rahman laungkan kata merdeka. Nostalgia. Terbayang potret wajah muda Tun Mahathir Mohamad tersenyum bangga. Terbayang buku teks Sejarah form 5 yang penuh tentang Malaysia. Terbayang kalau lah tak ada bangunan berkembar yang terpacak di tengah ibu kota tu, agaknya apa yang terpacak ? Selamat Hari Merdeka.
Tan : Atin, orang sebelah dah pasang bendera kat rumah dia.
Aku : Alah, tunggu jela aku gantung baju Great Britain aku depan rumah nanti.
Tan : HAHAHAHAHAHA. Hari-hari tak buat aku gelak tak sah kau ni.
Aku pakai baju Great Britain. Aku ke hulu ke hilir dengan purse Great Britain. Aku dengar lagu band British. Tak bermakna hati aku tak Malaysia. Tak bermakna aku murtad dari Malaysia.
“Takkan Melayu hilang di dunia. Ya. Tapi apa guna tak hilang di dunia kalau kewujudan tidak dirasa ?” -Malique Ibrahim
#Lambat lagi 31 Ogos tapi suka hati I lah.