Ini Soul.

Aku rasa bukan aku sorang. Orang lain juga ada part-part bila mana kadang-kadang dia rasa give up mahu terus menulis, ada masa dia boleh menulis dengan baik. Penuh emosi. Ada ceritanya di sebalik apa yang ditulis. Sama juga kisahnya seperti seorang aku di sini. Aku boleh tersenyum, tertawa mahupun menangis tikamana aku menulis. Ada masanya ilham bermaraton ligat di kepala. Ada masa juga ilham langsung tak jengah. Paling kritikal adalah bila kau hilang ilham untuk menulis. Mahu berhenti menulis. Mahu delete blog. Itu yang keluar dari mulut bila kau dah give up menulis. Tapi rasanya aku tak akan berhenti menulis kawan-kawan. Aku cuma ada Labyrinth, di sini saja SOUL aku boleh bertempiaran dan bertempik hebat. Bagi aku lah. My soul was here. In Labyrinth. Be Respect.











Terima kasih bazirkan sedikit masa yang kau orang ada untuk Labyrinth (':