
Aku rebahkan badan, buku aku capai. Mahu baca. Cukup dua muka surat, mata aku mulai pedih. Sebenarnya sejak pagi tadi aku sudah rasa pedih. Aku pejamkan mata, mahu hilangkan pedih itu. Tak hilang juga, aku lihat skrin telefon bimbit, jam pukul 6.55 petang. Aku set jam pukul 7.15 malam. Mahu lelapkan mata sebentar. Aku pejam mata aku rapat-rapat. Cukup satu minit, aku terbayang aku buta. Aku tak nampak apa-apa lagi. Gelap. Dalam kepala aku, aku dah tak dapat lihat Labyrinth lagi. Sudah tak kelihatan tajuk besar Labyrinth yang berwarna merah itu. Aku dah tak dapat menaip lagi. Aku dah tak dapat menulis lagi. Aku jadi sebak. Dalam bayangan aku, aku suruh adik aku taipkan apa yang aku mahu kongsi di Labyrinth. Kembali ke realiti, airmata hangat lekas jatuh. Aku buka mata. Aku dengar suara azan. Aku lihat skrin telefon bimbit, tepat pukul 7.00 malam. Aku bangun. Aku duduk. Aku muhasabah diri. Aku tak mahu buta. Lekas aku ambil air solat.
Kelmarin, aku pasang lappy. Aku duduk kat meja study. Senior aku kata dia ngantuk, Nak tidur. Aku cakap lah, kalau nak tidur tutup je lampu tu. Terang mana nak tidur. Dia kata, tak apa lah. Bukak lappy tapi tutup lampu nanti Fatin rabun. Senior aku terus baring, tutup muka dia pakai Spongebob dia. Aku bangun, aku tutupkan lampu. Sambung mengadap lappy. Agaknya sebab tu lah mata pedih. Aku taknak rabun, apa lagi buta.
Pagi tadi aku teman Aisyah pergi CIMB. Kat CIMB ada pakcik tua ni tunggu turn. Bila dia angkat lengan dia, baju dia koyak besar. Aku terus sebak. Mata aku dah lah memang pedih. Aku nak menangis. Aku tahan. Orang tua yang dah tak ada siapa hiraukan makan pakai aku rasa. Baju koyak sebesar itu pun dah tak ada orang kisah. Mana anak bini dia ? Aku memang tak boleh tengok orang tua macam tu, nanti aku teringat ayah aku. Teringat ayah aku menangis sebab tak boleh tidur serba-salah pukul aku bulan Jun lepas. Aku rindu ayah aku. Aku dah lama tak balik Johor Bahru. 5 November cuti midterm start. Tak sabar nak cium pipi Pak Hasran.