
Aku rasa Tuhan Bunyi aku bukan lagi The Kooks. Oasis. Tuhan Bunyi aku yang baru. Aku berada di tingkat paling atas di apartment ini. Level 16. Jam tepat pukul 3.30 minit pagi. Aku sendiri di kamar ini. Sunyi. Sepi. Sudah sebati. Telinga disumbatkan dengan bunyi enak lagu Whatever nyanyian Oasis. Volume suara aku naikkan. Feel. Kalau kau mahu rasa apa yang aku rasa saat ini, cubalah dengar lagu ini. Whatever. Aku nekad tidak mahu peduli apa orang bilang pasal aku. Apa orang kisah pasal hal aku. Aku adalah aku. Dan mereka adalah mereka. Sebenarnya, aku tak pernah rasa orang mahu bilang perkara buruk soal aku, hakikatnya aku tak pernah terfikir. Tapi, hidup ini pentas drama. Orang sekeliling kau itu watak-wataknya. Ada watak antagonis dan protagonis. Kau jangan lupa ada yang pegang kedua-dua watak. Anprotagonis. Watak palsu. Lupakan soal watak yang aku sebut, faham-faham lah sendiri.
Dalam soal hidup, cukup tak elok kau jadi orang baik. Cuba jangan jadi baik. Kau akan rasa lainnya. Tapi susah juga nak jadi jahat kalau kau ni memang baka-baka innocent. Macam aku. Muka aku innocent. Muka kesian. Otak aku kolot kadang-kadang. Susah. Sebab itu aku bilang aku ada banyak impian bodoh. Impian-impian bodoh tu tak pernah termakbul sebab itu semua impian bodoh. Tuhan tak mahu dengar apa lagi makbulkan untuk aku. Impian bodoh pertama aku, aku mahu jadi smoker. Tak perlu heavy-smoker, smoker saja. Tak tercapai. Aku mahu plessing smoke hembus 100 of puffs biar orang pandang aku jahat. Pandang aku perempuan tak baik. I am not a smoker until now. Impian kedua, aku mahu main nombor ekor. Tak tercapai juga. Dah ada peluang, dah kenal lubang. Tapi nak buat jahat, memang banyak dugaan. Tuptaptuptap. Tak ada nombor pun kena sebab tak sempat nak beli pun. Heh. Banyak sangat impian bodoh aku tak tercapai. Malas nak cerita.
Aku tahu aku sedang merepek dengan hebatnya. Aku perlukan tidur yang enak. Cuma satu. Kalau kau mahu jadi apa pun, jadilah. Semua tu letak pada diri kau. Yang nilai orang lain. Tapi peduli apa dengan mereka. Soal kau, bukan soal mereka. Kau nak main ganja ke. Kau nak hidu gam ke. Kau nak rasa high yang macam manapun, kau buat lah. Kalau tu kau rasa terbaik untuk kau. Kadang-kadang je aku kolot tapi sebenarnya aku open-minded. Kau nak beritahu aku yang kau tengah balut ganja pun aku tak kisah. Nanti mesti aku tanya, “Cepat ke lu terus High?”
Now playing : Whatever by Oasis