
Satu waktu nanti, aku perlu bersiap sedia untuk berpisah. Berpisah dengan lelaki yang bikin aku gembira, bikin hati aku senang, bikin aku ketawa, bikin hari aku sempurna sebagai seorang wanita. Satu waktu nanti. Apa lagi yang bisa aku buat selain hanya cuba hargai sisa-sisa masa yang tinggal sekejap untuk aku dengan dia. Masa yang berbaki sebelum dia tinggalkan aku. Masa yang terhad. Sepertinya aku perlu hargai masa yang berbaki ibarat tak akan ada hari esok atau lusa untuk aku dengan dia. Ibaratnya seperti hari kematian yang sudah dijangka esok hari. Ibaratnya seperti aku akan berhadapan dengan tali gantung. Kalau aku punya kuasa sakti, mahu aku ketemu dia lebih awal daripada hakikatnya. Mahu aku paksa Tuhan temukan dia dengan aku lebih awal. Mahu aku ukir dengan pena ajaib nama aku dan dia sebagai takdir dan jodoh hingga akhir hayat. Aku tak banyak masa. Aku sudah buang banyak masa. Aku harus hargai masa yang berbaki ini. Mulai sekarang aku akan jadi pencuri. Aku cuba curi masa yang ada untuk kau. Bukan cuba. Aku akan curi masa itu. Seberapa banyak yang boleh.
Baru jumpa. Sudah perlu berpisah.
Bukan sekejap. Lama.
Bukan dekat. Jauh.
Hati perempuan mana tak merengek ?
Airmata mana yang tak jatuh ?
Tapi nanti sampai masa kau pergi, aku tunggu kau. Di sini. Jaga diri.