Betray

Baik macam mana kau pun manusia, dalam soul kau mesti ada sekelumit atom-atom betray. Mesti ada juga cas-cas negatif terselit celah-celah diri kau tu. Celah kangkang kau. Celah peha kau. Celah ketiak kau. Celah jubo kau mungkin. Nak kata aku 100% baik, aku dah buat statement yang nampak sangat tipunya. Tapi tolong lah kawan-kawan, dalam soal belajar, dalam soal kejar ilmu, tolong jangan betray atau tolong jangan kedekut sangat. Jangan guna konsep nak berjaya seorang diri. Tak habis pun ilmu kau kalau kongsi sebahagian ilmu yang penuh di dada dengan orang lain. Tolong lah jangan kedekut. Kalau ada dapat hint, sharing is caring. Setakat aku menuntut ilmu di Uitm Kampus Bandaraya, aku dikelilingi manusia-manusia yang molek perangai. Aku senang dengan mereka. Tapi ada juga yang ada cas-cas negatif. Yang kedekut beritahu hint. Mungkin dia mahu score seorang-seorang. Tak mengapa lah. Kalau aku, aku tak pernah rasa aku kedekut ilmu. Aku tak suka nak mengajar orang, sebab aku sendiri tak confident. Tapi kalau ada orang text aku tanya itu ini, tak faham itu ini, aku try juga reply message depa. Aku bukak buku juga nak cari jawapan tu. Kalau kau ada prinsip nak berjaya seorang diri, alamatnya kau tak akan berjaya. Dunia akhirat. Ilmu yang kau dapat tak cukup awesome orang tua-tua kata. Kalau nak betray tu boleh, tapi tunggu lah orang tu betray kau, baru kau betray balik. Duduk diam memang lagak orang bodoh lah. Aku kalau nak betray boleh je, tapi aku jenis tak sampai hati.

Semalam masa class HR, Miss marking paper Test 1. Then dia tanya, siapa Fatin Fuzzainne. Aku angkat tangan, dia senyum. Dan dia bilang, "As expected." Kembang kuncup kembang kuncup. Biasalah tu. Maybe fullmarks. Kalau betul lah dapat fullmarks sangat kelakar. Aku dah try jawab biar tak dapat fullmarks okay. HAHA. Itu pun sebab ada orang beritahu hint kan. Terima kasih kat Wanie, sebab forward message hint kat aku.

Foo : Alah dapat jawab pun sebab tahu hint, kalau takda hint tak dapat jawab juga.
Su : Tak jugak. Kalau dapat hint pun tapi isi tak bagus tak dapat fullmarks juga."

Betul lah tu. Kalau kau usaha lebih, kau dapat lebih. Tuhan dah janji.